Wednesday, 23 December 2009

Kenali D-SLR berb anding D-Compact

Apa bezanya? D-SLR dan Compact, adalah lebih banyak advancement berbanding compact.

1. Anda boleh menukar lens mengikut situasi dan kreativiti.
2. Matrix metering lebih canggih.
3. Banyak fungsi yang tiada pada Kompak digital seperti remote, penangkapan imej kelajuan laju pada resolusi penuh, serta optical zoom yang lebih baik.

Setting juga berlainan. Ramai pengguna SLR lebih suka menggunakan M (manual) kerana lebih kreatif. Ada beberapa kategori lens yang popular iaitu; standard, wideangle, portrait, telefoto, super telefoto, landskap, Perspective Control (PC) dan fisheye.

Hm. Standard, biasanya didatangi bersama kamera. Kegunaan untuk potret, serta landskap.
Wideangle biasanya digunakan untuk landskap dan ruang yang sempit. (rumah kecil)
potret, untuk tangkap imej manusia. Boleh juga digunakan untuk landskap.
Perpective Control (PC) pula untuk gambar perpektif bangunan. Gambar yang terhasil dari lens ini, adalah tidak tidada efek 'skew' pada bangunan.
Fisheye plak untuk mendatangkan efek lebar 180 darjah pada lens.

Thursday, 17 December 2009

Fotografi - Kenali VR pada Lens Nikon/Nikkor.

Hem. yang paling best dan yang paling saya suka. Terutama kepada anda yang menggunakan gear Nikon D90 keatas (dengan lens 18-105 ED VR SWM ASP).
1. ED: Extra low dispersion
2. VR: Vibration Reduction
3. SWM: Silent Wave Motor
4. ASP: Aspherical optic



So, dalam thread kali ni nak bincang pasal VR iaitu Vibration Reduction yang mana Nikon dan Canon meletakkan sejenis hardware yang bertujuan untuk pengurangan geraran dan mengurangkan blur pada imej yang dirakam pada sensor. VR ni lebih hebat dari mana-mana kamera digital kompak. Yangmana VR ini dikenali sebagai 'steady shot' atau nama2 nama lain bagi kamera kompak. VR adalah amat penting untuk mendapatkan result yang baik (gambar sharp) pada kelajuan shutter yang rendah atau semasa low light condition. Tidak seperti kamera D-SLR lain, Nikon dan Canon merekan meletakkan VR pada lens terpilih. Biasanya pada lens zoom 20mm keatas.

Gambar contoh ini menunjukkan ketajaman yang baik.

Sunday, 9 August 2009

RECONNECT TO MY VILLAGE....!!!!

Yey... saya dah dapat alamat video dari sekolah dan kampung saya. So sekarang, saya nak tunjukkan kepada anda semua sekolah dan kumpulan dikir saya. (walaupun saya tak pandai berdikir barat tapi saya sangat menyokong pembangunan muzik tradisional nie...) Check it out...





Thursday, 26 February 2009

Falsafah Kehidupan

Falsafah adalah satu perkataan yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris iaitu Philosophy. Philosophy pula adalah daripada 2 perkataan Latin iaitu philosofos (philosopher) bermaksud filander iaitu cinta, manakala suku kata ke-2 iaitu sophia (pengetahuan). Dua suku kata satu pronounsiasi ini jika dikaji semula ia membawa maksud cinta kepada ilmu.
Kehidupan pula adalah satu dimensi dimana sebuah jasad yang dipandu oleh roh yang menentukan samaada jasad melakukan perkara yang baik atau buruk. Kehidupan juga adalah tempoh dimana sebuah material yang wujud mengalami perubahan dari sudut dimensi, falsafah, pendirian, keimanan dan ketakwaan jika ia adalah sebuah insan. Dari alam kehidupan jugalah insan yang lahir dalam agama yang mulia ini mencari keredhaan Tuhannya sebelum ia meninggalkan pancarona dunia. Kehidupan bagi seorang mukmin adalah kekal selamanya & abadi. Apa yang tercatit dalam Al-Quran seperti Syurga & neraka, pasti akan terlaksana. Mudah mudahan Allah menyelamatkan kita dari dosa yang bertambah dari sehari-hari dan dosa yang tidak kita sedari. Dan semoga Allah memberi kita petunjuk untuk kita melayari bahtera akhirat ini.

Apa yang ingin dibincangkan disini adalah sebuah falsafah kehidupan manusia yang ssemakin meruncing. Manusia kini hilang pertimbangan dari sudut psikologikal, pendirian dan kewarasan berfikir. Yang ingin diketengahkan, Janji-janji Allah didalam Al-Quran yang sememangnya benar dan tepat. Apa yang kita lihat hari ini, adalah bertepatan dengan Al-Quran & Hadith. Sebagai contoh:
Antara perkara yang mendatangkan bala dari Allah:
i) Zina dilakukan secara terang terangan.
ii) Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah martabatnya dan tidak layak memimpin.
iii) Kabus
Ada lagi janji Allah yang masih belum dilaksanakan terhadap kita. Hanya kita sahaja yang lalai untuk membelek dan merungkai apa yang diFirmankan oleh Nya. Justeru, kehidupan kita diatas dunia ini harus di aplikasikan untuk tujuan akhirat.

Bekerjalah kamu bagaikan kamu akan hidup seribu tahun lagi,
Beribadahlah kamu sebagaimana kamu akanmati pada hari esok.