Thursday 17 December 2009

Fotografi - Kenali VR pada Lens Nikon/Nikkor.

Hem. yang paling best dan yang paling saya suka. Terutama kepada anda yang menggunakan gear Nikon D90 keatas (dengan lens 18-105 ED VR SWM ASP).
1. ED: Extra low dispersion
2. VR: Vibration Reduction
3. SWM: Silent Wave Motor
4. ASP: Aspherical optic



So, dalam thread kali ni nak bincang pasal VR iaitu Vibration Reduction yang mana Nikon dan Canon meletakkan sejenis hardware yang bertujuan untuk pengurangan geraran dan mengurangkan blur pada imej yang dirakam pada sensor. VR ni lebih hebat dari mana-mana kamera digital kompak. Yangmana VR ini dikenali sebagai 'steady shot' atau nama2 nama lain bagi kamera kompak. VR adalah amat penting untuk mendapatkan result yang baik (gambar sharp) pada kelajuan shutter yang rendah atau semasa low light condition. Tidak seperti kamera D-SLR lain, Nikon dan Canon merekan meletakkan VR pada lens terpilih. Biasanya pada lens zoom 20mm keatas.

Gambar contoh ini menunjukkan ketajaman yang baik.