Sunday 24 October 2010

Lame dah tak mengupdate...

Assalamu’alaikum.
Dah lama tak melepak kat blog. Sibuk sangat buat masa sekarang. Tak sabar nak final exam. Naik semester 5. Lepas semester 5, semester 6. Lepas semester 6, grad. Yeah babe. Then kerja. Then... ahha... tak boleh cerita semua. Hum. Sekarang ngah minum petang, sorang2 kat umah. Agaknye, awal bulan 12 nanti nak ke Genting. Dah lame giler tak ke sana. Tapi tak suka sangat ke genting sebenarnya. Lebih suka ke Cameron highland sebab tak pernah naik atas tu. Satu lagi sebab pemandangan yang cantik, nyaman, then yang paling penting nak beli Teh Songket. Teh Songket nie memang sedap, tambah lagi kalau tambah daun pudina. Ala-ala minum ubat gigi la. Muaahahaha...
Aku dah jarang main dan bawak kamera sekarang nie. Kalau setakat bawak dan takde langsung gambar yang berseni, watpe wat berat je. Urm. Next route will be at Cameron. I’ll shoot’n there. Ngehehe... seni... nak gambar sunset kat sana.
Lappy aku nie baru pas install Call of Duty: Modern Warfare yang first dan yang ke dua. Sekarang nie ngah tunggu Black Ops plak. Tapi grafik gempak tuh. Hehe. Tak sangka lappy aku leh masuk COD MW 2. Hahaha.. memang sangkut kat depan lappy la aku.. muaahaha.
Minggu aku penuh dengan assignment yang melambak. Urm
One more thing, I want to say that I love you very much to my wife. I love you forever. Thanks for accpting me into your life. I’ll apreciate what you gave. Your love, your sacrifice, your life, your loyal, and everything... Thanks for being my wife...

Thursday 19 August 2010

Satu coretan dari buku

Oleh sebab itu, Adam dan Hawa dilarang mendekati 'pokok pengetahuan', kerana dengan memakan buah pengetahuan itu, mulalah manusia melalui alam tanggungjawab, yang penuh bahaya, kerana dalam zaman ini dia terpaksa menanggung akibat pilihan atau perbuatannya sendiri. Unsur atom itu sangat kuat; jika digunakan untuk kebaikan, manusia boleh menukar padang pasir menjadi ladang gandum, tetapi, jika ia digunakan untuk kejahatan, ia boleh memusnahkan tamadun.


-Kassim Ahmad, Mencari Jalan Pulang; Dari sosialisme kepada Islam. ms. 10.

Monday 12 July 2010

Nak balik Gombak...

Nak balik Gombak... semua orang disini macam dah halau; asik tanya bila nak balik belajar,... ngeee... saye nak blah dah nie... =P
Setelah cuti semester yang sangat panjang, aku akan kembali ke Kuala Lumpur menyambung amanah sebagai pelajar. Tapi sebelum tu, destinasiku ke Melaka selama sehari.
Em...
Semoga hubungan ini dipermudahkan...
Hablun minallah,
Hablun minannaas...

~Beginning a new chapter in new semester~
=D

Tak sabar nak outing.. tak sabar nak ada wideangle... tak sabar nak habis belajar.. nak kerja...nak ada rumah, nak ada kereta, nak ada keluarga, nak ada kehidupan sendiri....
Doakan yaa...


photo courtecy of Digital Mukmin

Saturday 1 May 2010

As of March 2010

I’ve got 50mm lens for my Nikon D90, and the camera performend great pictures with accurate color and easy settings. The command dials and buttons are coordinated at the exact place where fingers comfortably can access it. It’s lightweight compared to it’s brother: D300, D700, and D3 series. The advanced amateur class photographer can expect great result by these Nikon gear.

Em… As long Epy menggunakna D90 ni, ada beberapa perkara yang Epy tak suka. Bukan tak suka sangat la tapi Epy anggap satu kelemahan yang tak penting bagi Epy. The video performance. Kualiti video akan berkurangan bila merakam di tempat yang kurang cahaya. Contohnya: dibawah cahaya lampu kalimantang. Memang tak puas hati dengan performance recording tapi, memang respect dan salute kepada engineer Nikon kerana berjaya menambah fungsi rakaman video kepada kamera D-SLR. Ini adalah yang pertama di dunia sebuah kamera dilengkapi fungsi rakamam video beresolusi 1,280 x 720/24 fps, 640 x 424/24 fps, 320 x 216/24 fps. Apa yang boleh dibanggakan adalah: great depth of field (teknik bokeh atau out of focus dimana objek diluar titik fokus akan menjadi sangat kabur). Keduanya, tangkapan video jarak jauh yang lebih efektif (anda boleh menggunakan lens 400-600mm f/4). Ketiga, tangkapan video untuk makro (rakaman menggunakan lens makro seperti merakam pergerakan anai-anai, semut atau bungaan kecil). Pendek kata, anda telah melangkaui batasan terhad dalam dunia rakaman video dengan langkah setapak kehadapan bersama Nikon D-SLR...! Epy rasa mungkin anda tahu mengapa jurutera Nikon tidak berhempas pulas menjadikan video sebagai matlamat utama kamera ini: Kerana kamera ini adalah untuk menangkap gambar pegun dan bukannya video. Kalau nak video HQ atau HD penuh dengan fps lebih ekstrem, lebih baik anda beli sahaja sebuah kamkorder sebenar. Contohnya, Panasonic 3-CCD.

All rite. Sekarang kita bincang pasal full frame [FX format (film format)] dan DX format (digital format) yang ada pada Nikon dan Canon. Film format adalah bererti sensor yang digunakan untuk merakam imej berukuran sama seperti filem negatif iaitu 36.0*23.9mm (panjang darab lebar). Ramai pengguna professional menggunakan film format kerana ianya memberikan beberapa kelebihan: efek wideangle yang nyata dan kelebihan dari lens fisheye dapat digunakan sepenuhnya (180 ⁰ sudut lens efektif). Dengan full frame, keefektifan lens telefoto seperti 200-400mm dapat digunakan sepenuhnya. Kamera DX format (digital format) pula, mempunyai sensor berukuran 23.6*15.8 mm. Bermakna imej yang dirakam adalah lebih kecil dari FX format. Ia adalah standard untuk kamera digital untuk pengguna baru dan semi professional. Ia juga bagus digunakan bersama lens DX. Walaubagaimanapun, kegunaan telefoto, wideangle dan fisheye adalah kurang efektif beranding dengan FX format tadi. [Nikon Spec.]
OK.. kita dah belajar tentang sensor. Sekarang, semakin mahal sesebuah kamera, semakin berkualiti sensor tersebut. Contohnya, Nikon D90 mempunyai nilai sensitiviti terhadap cahaya (ISO) maksimum 3200, dibandingkan dengan Nikon D3s (jauh lebih mahal) yang mempunyai ISO sehingga 12 800 atau HI.3 (bersamaan ISO 102 400). Walaubagaimanapun, semakin tinggi nilai ISO, semakin noise (ketidakseimbangan warna hitam) sesebuah imej yang dirakam. Oleh itu, jurutera Nikon telah menghasilkan sensor yang berkualiti dimana noise dapat dikurangkan dan anda dapat terus berkarya walaupun objek yang anda ingin rakam berada dalam kekurangan cahaya. (Dan anda juga perlu lens yang mempunyai aperture yang rendah i.e: f/2.8.


SEKARANG MARI KITA NAK CERITA TENTANG CINTA MELANKOLIA
Cinta melankolia? Ia adalah sebuah lagu oleh Ann. Melankolia atau dalam bahasa inggerisnya, melancholic bermaksud tersiksa oleh sesuatu yang amat menyakitkan. Dalam konteks ini, cinta melankolia biasanya melanda kaum perempuan. Dalam sebuah kes (seorang remaja perempuan yang Epy kenal di KLCC baru-baru ini), dia baru sahaja putus dengan seorang lelaki entah apa sebabnya. Sampai sekarang, dia masih lagi sedih dengan apa yang berlaku. “Ahh... Sapa suruh kau gatal cari lelaki yang salah. Lagi yang kau gatal nak berpakwe muda-muda sape suruh? Kau terima la akibatnye. Apa yang aku buleh kate adalah: PADAN MUKA” – Lutfi. (jahatnye kan?) Diri Epy pulak: maleh ah nak bercinta wei. Banyak kerja lagi nak buat. Kita berkawan jer dulu ek. Kalau kedudukan Epy dah stabil, baru kita akan ke peringkat yang seterusnya, ok...
Perasaan Epy pulak memang la membuak-buak nak memiliki pasangan hidup. Macam korang jugak yang nak berpakwe-makwe. Tapi bagi Epy, tak penting itu semua sekarang ni. Kalau penting pun, biar ramai kawan dari seorang kekasih, boleh la memilih antara yang terbaik. Bak kata Nisa’ Kuantan: “Sukarnya mencari permata di celahan kaca.” Ada juga kawan-kawan yang akan dan telah mendirikan rumahtangga. Semoga berbahgia dan selamat berusaha Epy ucapkan. Perjalanan epy jauh lagi. Walaubagaimanapun, Epy pun ada beberapa orang insan yang Epy cukup sayang. Tetapi mereka semua dah mempunyai kekasih hati. Epy tak boleh nak kata apa lah. Cuma Epy nak diorang ingat satu kata-kata yang selalu Epy ungkapkan: “What happen to you babe, you just have to wait and see”. Kata-kata yang sangat ego kan? But it should to be happen...
Orang kata berjanji sehidup-semati ni, memang la Epy setuju. Betul la kan? Satu hidup, dan satu lagi mati. Kubur lain-lain. Walaubagaimanapun, Epy kurang setuju la kalau bercinta sebelum berkahwin nims. Dari pengalaman Epy, bercinta sebelum berkahwin nims, tak membawa sebarang faedah kecuali mengisi masa lapang untuk mencari ayat2 kreatif serta bermain bahasa bersama sidia. Banyak kita dengar cerita, orang bercengkerama tepi laut dan taman, tapi bila dah kawin, isteri depan mata taknak peluk plak. Isteri tu punya lah cantik tapi orang lain jugak yang dicari. Ini la lelaki. Pelik tul. Patut la Epy ramai kawan pempuan. Kikiki...! Semoga seorang yang ku dan rakanku bakal nikahi nanti akan mencukupkan segalanya.
Ramai lelaki mengorat pempuan yang cantik-cantik, yang manis-manis, yang chumell-chumell belaka. Tapi Epy kurang suka kepada yang cantik ni. Sebab yang cantik la ramai lelaki suka. Dan Epy taknak menjadi salah seorang yang merebut seorang perempuan. Sekarang ni ramai perempuan yang cantik tetapi sahsiah dan keperibadian mereka sangatlah Epy tak suka. Bagi Epy, lebih suka nilai yang terdapat dalam diri seseorang wanita itu. Contohnya, sifat keibuan dan kedewasaan yang terpancar dari perwatakan seorang wanita itu. Walaupun dia tidak cantik berbanding wanita lain, tetapi urat dan tulang belulang merekalah yang melahirkan ulama’, pemikir dan pejuang Islam yang hebat. Dari tangan mereka yang lembut ini telah menghayun buaian sehingga ‘menggegarkan dunia’. Dari jiwa mereka inilah yang telah mendidik kita supaya dapat menempuh dunia nims. Sebab tu suka Epy katakan disini; citarasa seorang lelaki dan setinggi mana hemahnya, ‘benchmark’nya dicerminkan kepada pasangannya. Kerana ‘lelaki’ yang sebenar mahukan seorang yang melahirkan zuriat dari keturunan yang suci serta pasangan yang mempunyai akhlak serta akidah yang baik.
Em.. kan bagus kalau ada lagi wanita sebegini dalam dunia ni. Selama ni ku pernah bercinta kepada seorang perempuan? Tidak sama sekali jawab mindaku. =)