Thursday 26 February 2009

Falsafah Kehidupan

Falsafah adalah satu perkataan yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris iaitu Philosophy. Philosophy pula adalah daripada 2 perkataan Latin iaitu philosofos (philosopher) bermaksud filander iaitu cinta, manakala suku kata ke-2 iaitu sophia (pengetahuan). Dua suku kata satu pronounsiasi ini jika dikaji semula ia membawa maksud cinta kepada ilmu.
Kehidupan pula adalah satu dimensi dimana sebuah jasad yang dipandu oleh roh yang menentukan samaada jasad melakukan perkara yang baik atau buruk. Kehidupan juga adalah tempoh dimana sebuah material yang wujud mengalami perubahan dari sudut dimensi, falsafah, pendirian, keimanan dan ketakwaan jika ia adalah sebuah insan. Dari alam kehidupan jugalah insan yang lahir dalam agama yang mulia ini mencari keredhaan Tuhannya sebelum ia meninggalkan pancarona dunia. Kehidupan bagi seorang mukmin adalah kekal selamanya & abadi. Apa yang tercatit dalam Al-Quran seperti Syurga & neraka, pasti akan terlaksana. Mudah mudahan Allah menyelamatkan kita dari dosa yang bertambah dari sehari-hari dan dosa yang tidak kita sedari. Dan semoga Allah memberi kita petunjuk untuk kita melayari bahtera akhirat ini.

Apa yang ingin dibincangkan disini adalah sebuah falsafah kehidupan manusia yang ssemakin meruncing. Manusia kini hilang pertimbangan dari sudut psikologikal, pendirian dan kewarasan berfikir. Yang ingin diketengahkan, Janji-janji Allah didalam Al-Quran yang sememangnya benar dan tepat. Apa yang kita lihat hari ini, adalah bertepatan dengan Al-Quran & Hadith. Sebagai contoh:
Antara perkara yang mendatangkan bala dari Allah:
i) Zina dilakukan secara terang terangan.
ii) Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah martabatnya dan tidak layak memimpin.
iii) Kabus
Ada lagi janji Allah yang masih belum dilaksanakan terhadap kita. Hanya kita sahaja yang lalai untuk membelek dan merungkai apa yang diFirmankan oleh Nya. Justeru, kehidupan kita diatas dunia ini harus di aplikasikan untuk tujuan akhirat.

Bekerjalah kamu bagaikan kamu akan hidup seribu tahun lagi,
Beribadahlah kamu sebagaimana kamu akanmati pada hari esok.