Oleh sebab itu, Adam dan Hawa dilarang mendekati 'pokok pengetahuan', kerana dengan memakan buah pengetahuan itu, mulalah manusia melalui alam tanggungjawab, yang penuh bahaya, kerana dalam zaman ini dia terpaksa menanggung akibat pilihan atau perbuatannya sendiri. Unsur atom itu sangat kuat; jika digunakan untuk kebaikan, manusia boleh menukar padang pasir menjadi ladang gandum, tetapi, jika ia digunakan untuk kejahatan, ia boleh memusnahkan tamadun.
-Kassim Ahmad, Mencari Jalan Pulang; Dari sosialisme kepada Islam. ms. 10.