Sunday, 8 November 2015

Personal Insights mengenai Forex


So senang tak forex nih? At the beginning, sangat susah nak hafal semua nama pendek sesebuah currency. Ape yang memacu sesebuah negara, apa sumber utama negara, keadaan politik dan details sesebuah negara. Contohnya, ape penggerak ekonomi AUD (Australian Dollar)?
Lama kelamaan, benda ni dah jadi biasa. Alah, macam komputer jugak, ada yang pandai Excel, macam aku, tak pernah pakai excel dan tak tau macamana nak pakai excel. Tapi bini aku, siap bleh buat database lagi ngan excel (Phew).
Adakah Forex ni haram? Tu aku tak pandai nak explain. Tapi matematik aku senang aje. Takde swap, takde entry terjah, takde main masuk market suke2 hati. Semua dengan ilmu, kajian, strategi dan banyak faktor diulangkaji sebelum memulakan satu sesi trading.
Kalau ianya haram, kenapa kita simpan wang di bank? Sedangkan bank menggunakan wang kita sebagai margin mereka untuk trade didalam forex, indice, komoditi, dan bon. Dan jika forex haram, saham jauh lebih haram sebab saham, bila satu2 saham tu jatuh aje dah loss. Tabung haji, ASB, bank Islam semuanya melabur didalam saham dan keuntungannya digunakan untuk membayar gaji pekerja dan pegawai, serta sewa bangunan mereka. Untuk pengetahuan, bank2 islamic hanya melabur di kaunter patuh syariah dan takde swap.
Boleh untung ke forex nih? Well, untuk mendapatkan trade yang bagus, profit/loss sebaiknya adalah 80/20. Contohnya dari 10 trade kita untuk hari tu, 8 trade adaah profit dan 2 lagi loss. Dan aku sedang berusaha untuk konsisten pasal 80/20 tu. Bukan senang. Ada masa kena melekat depan komputer. Ada masa enter position je dan esok baru tengok. Kadang tengok tu dah dekat mc. hahaha.
Boleh ke nak menjadi full time trader? Personally, I need 3 basic things. Mental yang kuat, Pengetahuan latarbelakang setiap currency, dan strategi. Satu lagi ialah margin yang kukuh. Maksudnya, modal yang cantik.
Contohnya, untuk mendapatkan RM4kusd sebulan untuk menampung sara hidup, kita perlukan 1000usd sebulan (Dengan konsisten..!!) Jadi, mana nak dapat 1kusd ni? Personally, aku wajib ada margin sebanyak 10 000usd (Kentungan 10%dari 10 000 usd adalah 1 000usd) So mana nak dapatkan margin sebesar tu? So aku bleh trade 20usd sebagai modal atau sebagai hobi sampingan. Atau lebih baik 100usd.
Seronok tak main bende nih? Kalau kita minat, tak perlu pergi jauh. setiap tempat ada master. Kat kemaman ada, kuantan ada, mana2 tempat ada. Cuma kena ada minat dan kita kena cari dorang. Dorang bleh ajar dan sporting abiss...
Pendek kata: Pelaburan ibarat berniaga kedai makan. Kita ada modal rm10k, kita bukak kedai makan. tapi dah bertahun bukak masih tak ramai orang. Kenapa? Mungkin masakan tak sedap, tempat tak strategik. So strategi kena la ubah, sebab modal dah banyak keluar. Mungkin kita kena cari chef hotel, dan upgrade tempat untuk menarik pelanggan. Mungkin lepas upgrade tu, jualan seamakin meningkat. Sama jugak maca forex. Kalau strategi tak menjadi, kena la tukar cara lain. Skill masing2.
Ulasan? Kepada sesapa yang nak mula trade bende alah ni, sila la cari broker yang bagus. Jangan terpedaya dengan MLM yang bertopengkan forex. TAKKAN ADA PELABURAN YANG MENJANJIKAN PULANGAN TETAP setiap bulan walaupun pakai robot (artificial intelligence). Tu semua tipu bohong blake. Sedangkan Tabung Haji, ASB dan Bank Islam pun takde dividen tahunan yang tetap, inikan company kecik2 yang menjanjikan dividen/profit yang tetap setiap bulan. Forex adalah dimana kita melaburkan modal dan kita TRADE SENDIRI dan profit/loss tu bergantung kepada emosi kita.
Sesiapa yang belajar ekonomi atau account bolehlah try trade saham. Sebab forex ni berpeluh sket nak profit. Tapi yang penting adventure. hahaha...


Demo Trading Log

Hari ni bercerita tentang forex.

News nfp dan forecast yang dianalisis pada 05.11.15 menunjukkan bahawa 70% USD are likely untuk meroket.

Pada jam 9.30 malam, 06.11.15, USD naik lebih 100pips.

Ini adalah akaun demo dan dihentam full margin. Boleh lihat entry yang baru masuk pukul 2.30 petang 06.11.15. Dan exit position pada jam 10.00malam; setengah jam selepas news NFP.






Apa yang nak diceritakan kat sini, news dan spekulasi juga boleh kita ambil sebagai rujukan untuk memasuki pasaran. Terutamanya ketika market sedang volatile atau ganas.

Tapi, pastikan dari sumber yang boleh dipercayai seperti Investing.com, ForexFactory dan lain-lain lagi.

Walaubagaimanapun, kebarangkalian hanyalah 70% sahaja untuk USD naik. Tapi bayangkan apa akan jadi kalau USD menjunam jatuh? Apa yang akan jadi pada akaun yang tiada SL? Atau seperti akaun diatas yang dihentam full margin? Modal USD3000 tu hangus begitu sahaja. 

Dari kita trade seperti orang gila, lebih baik kita ikut cara bank trade. Profit 30% setiap bulan. Jarratt Davis, pun hanya untung 30% sebulan secara konsisten.

Bersabarlah, ada manis selepas kita bersabar. InshaAllah.

Saturday, 16 May 2015

Rim second-hand baru dari Mudah.my.

Hari ni cerita pasal kasut baru kereta aku.
Dalam beberapa minggu lepas beli sport rim baru lepas usha di Mudah.my. Sport rim dipilih ialah original dari Proton Saga FLX SE 1.6. Tai aku masih sayangkan rim besi sebab ia datang dari kilang. Bukan saje-saje engineer masukkan tayar tu. Langgar lubang pun selamba jer takde nak bengkok macam rim alloy. 



SEBAB TUKAR:
Tayar asal dari kilang tak sesuai dengan cara pemanduan sekarang.
Meningkatkan keupayaan ketika memecut & membrek (kerana sentuhan antara tayar dan jalan lebih luas) - lebih grip.
Design lebih elegan.


RIM DETAILS:
Original dari Proton Saga FLX SE.
Saiz 15x6j offset 36mm.
Saiz tayar 185/55/15 (standard 195/50/15)
Diameter tayar ni lebih kurang aje dengan tayar asal besi cuma lebih lebar.
Tayar asal: 175/70/13

Kalau diikutkan nak je sumbat sport rim 17x7 kasi nampak lagi garang. Tapi lagi nipis dan besar diameter tayar, lagi mahal la jadinya. Smart tu memang smart tapi tak padan dengan harga. Semata-mata nak bergaya, kena keluar modal lebih sebab tayar terlalu mahal. Bila lagi besar rim dia lagi berat dan lagi tinggi 'unsprung weight'. Lagi tak selesa.


Rim kat atas ni dari Volk Racing model CE28. Berat rim ni hanya 2.8kilogram. Ringan. Kalau pentingkan keselesaan semasa memandu, boleh dapatkan rim ni. Rim yang ringan akan mengurangkan 'unsprung weight' yang terpaksa ditanggung oleh suspension dan absorber. Tapi pastikan yang original sebab kalau yang taiwan punya lagi berat. 

Seperti biasa kepada owner Proton Saga BLM, FL, FLX atau FLXSE, masalah gandar/axle belakang senget menyebabkan tayar makan sebelah dalam. Seingat aku, kecondongan tayar tu lari 1.5darjah. (Negatie Chamber)

Proton bukan saje-saje nak buat senget macam tu. Sebab bila corner,cengkaman tayar belakang lebih mantap dan tak membuai/membuang.
Petang tadi aku gi tambah washer kat gandar belakang dan luruskan balik tayar mengikut satah kecondongan 90darjah untuk mengelakkan dari tayar baru makan sebelah dalam. Tak larat dah nak tukar tayar sokmo.

So feedback lepas tambah washer tu, agak menghampakan. Corner pada kelajuan tinggi sangatlah membuai ala-ala drift. Tapi lepas ni harap2 la tayar belakang tu makan rata takut nanti sedar-sedar tinggal dawai je sebelah dalam. hahaha...

Tapi kesan makan sebelah dalam tu takdelah ketara sangat kalau pakai rim besi bertayarkan 175/70/r13. Kalau setakat pakai tayar standard biarkan aje tayar belakang tu senget. Corner mantopp..

Wednesday, 18 June 2014

Saya rasa saya nk mulakan balik blog ni.. last update hari tu 26 June 2012.. haha.. nk masuk 3 tahun. Tapi dalam 3 tahun ni terlalu banyak senario berlaku. Sy masuk ABM, jadi operator machine, dan mcm2 lagi.. huhu.. Bila baca balik macam diari plak. Post2 akan datang sy akan update pasal keluarga sy iaitu Noorhasnani (isteri) Wahida (daughter) & yg akan datang, 2 bulan lagi. Saya juga skang ni dah ada sebuah kereta, hobi lama mengambil gambar dan hobi baru iaitu memancing.
Ini wahida, skarang dh pandai berjalan. Love her.. =)

Tuesday, 27 December 2011

Pleasant conversation.

Assalamualaikum. Semoga perbincangan yang aku taip ini serba sedikit bermanfaat buat pembaca. Mungkin pada pandangan orang lain apa yang aku tuliskan ini tidak penting. Tapi takpe. Aku menulis bukan kerana nama, tapi kerana nk kongsikan sesuatu yang mungkin normal bagi pembaca. Baru ni aku pergi melawat seorang kawan di Hospital Dungun. Katanya sakit kanser tetapi dia keluar selepas beberapa hari dan hari yang aku sampai tu dia dah keluar awal pagi. Sesampai di UITM kampus Dungun, rasa kagum sebab universiti ni berhadapan dengan laut. Kawalan sekuritinya sangat ketat. Tapi yalah, bagi aku UITM ni tak la power sangat tapi kira ok la setakat nk sambung blajar. Keadaan manusia dalamnya agak poyo, mungkin bangga sebab diri dapat masuk universiti. Pandang diri aku mcm tak pernah jumpa orang macam aku. Yalah. Pakai safety boot, baju T-kolar biasa aje. Seluar jeans (ori), mana taknya aku ni seperti kontraktor. Hahaha.. Tapi takpe. Diorang nk berlagak, seluar dalam diorang pun mak diorang yang beli. Aku apa hairan. Tapi apa yang aku katakan ni sebahagian la. Tak semua. Ada jugak yang berjalan cecah tanah. Sebab diorang sedar, diorang masuk U dari golongan orang susah. Datang nk belajar. Nk ubah nasib keluarga. Aku faham. Tapi kadang kadang aku pun tak faham. Kenapa orang yang kat U kebanyakan nya bajet professor. Ntah. Mungkin sebab dia rasa dia la manusia paling cerdik. Awek diorang pun lawa. Style pun moden. Aku ni, blajo setakat SPM aje. Tu pun tak cukup makan. Mungkin aku menulis ni sebab aku jeles ngan diorang sebab tak masuk U. Tapi pada hakikatnya aku beruntung sebab aku tak masuk U. Kalau aku masuk pun mungkin kena tendang sebab otak dah tepu. Pinjaman pun takde. Tak perlu risau kena buat assignment. Bazir masa aku je. Baik aku kerja. kan kan. Tak la menambahkan lagi jumlah penganggur yang ada kat Malaysia ni. Nice what. Tahun depan dah nk keluar Nissan Teana. Next year buat umah kat kampung.. Lalala... tak rugi aku run bisnes... lalala... Harap semuanya dipermudahkan.. Amiinn..

Sunday, 25 December 2011

Update

Payah betul nk mengupdate blog sekarang. Membaca dah la malas, niat nk menulis tapi masa sangat singgat menyusahkan aku untuk selalu mengupdate blog ni. Tapi bila tengok user yang view page tu sangatlah banyak so aku cuba untuk melekatkan diri aku untuk menulis semula. Sekarang sedang kerja di sebuah syarikat. Sangat sibuk dengan projek. Projek plak banyak. So sekarang aku baru dapat cuti. Dapat rehat sikit sikit. lalala.. ok nanti aku ada masa aku update lagi. (sebenarnya update facebokk aje.. kui kui kui...) ok see u later. ----<--{@ love, lutfi

Sunday, 24 October 2010

Lame dah tak mengupdate...

Assalamu’alaikum.
Dah lama tak melepak kat blog. Sibuk sangat buat masa sekarang. Tak sabar nak final exam. Naik semester 5. Lepas semester 5, semester 6. Lepas semester 6, grad. Yeah babe. Then kerja. Then... ahha... tak boleh cerita semua. Hum. Sekarang ngah minum petang, sorang2 kat umah. Agaknye, awal bulan 12 nanti nak ke Genting. Dah lame giler tak ke sana. Tapi tak suka sangat ke genting sebenarnya. Lebih suka ke Cameron highland sebab tak pernah naik atas tu. Satu lagi sebab pemandangan yang cantik, nyaman, then yang paling penting nak beli Teh Songket. Teh Songket nie memang sedap, tambah lagi kalau tambah daun pudina. Ala-ala minum ubat gigi la. Muaahahaha...
Aku dah jarang main dan bawak kamera sekarang nie. Kalau setakat bawak dan takde langsung gambar yang berseni, watpe wat berat je. Urm. Next route will be at Cameron. I’ll shoot’n there. Ngehehe... seni... nak gambar sunset kat sana.
Lappy aku nie baru pas install Call of Duty: Modern Warfare yang first dan yang ke dua. Sekarang nie ngah tunggu Black Ops plak. Tapi grafik gempak tuh. Hehe. Tak sangka lappy aku leh masuk COD MW 2. Hahaha.. memang sangkut kat depan lappy la aku.. muaahaha.
Minggu aku penuh dengan assignment yang melambak. Urm
One more thing, I want to say that I love you very much to my wife. I love you forever. Thanks for accpting me into your life. I’ll apreciate what you gave. Your love, your sacrifice, your life, your loyal, and everything... Thanks for being my wife...

Thursday, 19 August 2010

Satu coretan dari buku

Oleh sebab itu, Adam dan Hawa dilarang mendekati 'pokok pengetahuan', kerana dengan memakan buah pengetahuan itu, mulalah manusia melalui alam tanggungjawab, yang penuh bahaya, kerana dalam zaman ini dia terpaksa menanggung akibat pilihan atau perbuatannya sendiri. Unsur atom itu sangat kuat; jika digunakan untuk kebaikan, manusia boleh menukar padang pasir menjadi ladang gandum, tetapi, jika ia digunakan untuk kejahatan, ia boleh memusnahkan tamadun.


-Kassim Ahmad, Mencari Jalan Pulang; Dari sosialisme kepada Islam. ms. 10.

Monday, 12 July 2010

Nak balik Gombak...

Nak balik Gombak... semua orang disini macam dah halau; asik tanya bila nak balik belajar,... ngeee... saye nak blah dah nie... =P
Setelah cuti semester yang sangat panjang, aku akan kembali ke Kuala Lumpur menyambung amanah sebagai pelajar. Tapi sebelum tu, destinasiku ke Melaka selama sehari.
Em...
Semoga hubungan ini dipermudahkan...
Hablun minallah,
Hablun minannaas...

~Beginning a new chapter in new semester~
=D

Tak sabar nak outing.. tak sabar nak ada wideangle... tak sabar nak habis belajar.. nak kerja...nak ada rumah, nak ada kereta, nak ada keluarga, nak ada kehidupan sendiri....
Doakan yaa...


photo courtecy of Digital Mukmin

Saturday, 1 May 2010

As of March 2010

I’ve got 50mm lens for my Nikon D90, and the camera performend great pictures with accurate color and easy settings. The command dials and buttons are coordinated at the exact place where fingers comfortably can access it. It’s lightweight compared to it’s brother: D300, D700, and D3 series. The advanced amateur class photographer can expect great result by these Nikon gear.

Em… As long Epy menggunakna D90 ni, ada beberapa perkara yang Epy tak suka. Bukan tak suka sangat la tapi Epy anggap satu kelemahan yang tak penting bagi Epy. The video performance. Kualiti video akan berkurangan bila merakam di tempat yang kurang cahaya. Contohnya: dibawah cahaya lampu kalimantang. Memang tak puas hati dengan performance recording tapi, memang respect dan salute kepada engineer Nikon kerana berjaya menambah fungsi rakaman video kepada kamera D-SLR. Ini adalah yang pertama di dunia sebuah kamera dilengkapi fungsi rakamam video beresolusi 1,280 x 720/24 fps, 640 x 424/24 fps, 320 x 216/24 fps. Apa yang boleh dibanggakan adalah: great depth of field (teknik bokeh atau out of focus dimana objek diluar titik fokus akan menjadi sangat kabur). Keduanya, tangkapan video jarak jauh yang lebih efektif (anda boleh menggunakan lens 400-600mm f/4). Ketiga, tangkapan video untuk makro (rakaman menggunakan lens makro seperti merakam pergerakan anai-anai, semut atau bungaan kecil). Pendek kata, anda telah melangkaui batasan terhad dalam dunia rakaman video dengan langkah setapak kehadapan bersama Nikon D-SLR...! Epy rasa mungkin anda tahu mengapa jurutera Nikon tidak berhempas pulas menjadikan video sebagai matlamat utama kamera ini: Kerana kamera ini adalah untuk menangkap gambar pegun dan bukannya video. Kalau nak video HQ atau HD penuh dengan fps lebih ekstrem, lebih baik anda beli sahaja sebuah kamkorder sebenar. Contohnya, Panasonic 3-CCD.

All rite. Sekarang kita bincang pasal full frame [FX format (film format)] dan DX format (digital format) yang ada pada Nikon dan Canon. Film format adalah bererti sensor yang digunakan untuk merakam imej berukuran sama seperti filem negatif iaitu 36.0*23.9mm (panjang darab lebar). Ramai pengguna professional menggunakan film format kerana ianya memberikan beberapa kelebihan: efek wideangle yang nyata dan kelebihan dari lens fisheye dapat digunakan sepenuhnya (180 ⁰ sudut lens efektif). Dengan full frame, keefektifan lens telefoto seperti 200-400mm dapat digunakan sepenuhnya. Kamera DX format (digital format) pula, mempunyai sensor berukuran 23.6*15.8 mm. Bermakna imej yang dirakam adalah lebih kecil dari FX format. Ia adalah standard untuk kamera digital untuk pengguna baru dan semi professional. Ia juga bagus digunakan bersama lens DX. Walaubagaimanapun, kegunaan telefoto, wideangle dan fisheye adalah kurang efektif beranding dengan FX format tadi. [Nikon Spec.]
OK.. kita dah belajar tentang sensor. Sekarang, semakin mahal sesebuah kamera, semakin berkualiti sensor tersebut. Contohnya, Nikon D90 mempunyai nilai sensitiviti terhadap cahaya (ISO) maksimum 3200, dibandingkan dengan Nikon D3s (jauh lebih mahal) yang mempunyai ISO sehingga 12 800 atau HI.3 (bersamaan ISO 102 400). Walaubagaimanapun, semakin tinggi nilai ISO, semakin noise (ketidakseimbangan warna hitam) sesebuah imej yang dirakam. Oleh itu, jurutera Nikon telah menghasilkan sensor yang berkualiti dimana noise dapat dikurangkan dan anda dapat terus berkarya walaupun objek yang anda ingin rakam berada dalam kekurangan cahaya. (Dan anda juga perlu lens yang mempunyai aperture yang rendah i.e: f/2.8.


SEKARANG MARI KITA NAK CERITA TENTANG CINTA MELANKOLIA
Cinta melankolia? Ia adalah sebuah lagu oleh Ann. Melankolia atau dalam bahasa inggerisnya, melancholic bermaksud tersiksa oleh sesuatu yang amat menyakitkan. Dalam konteks ini, cinta melankolia biasanya melanda kaum perempuan. Dalam sebuah kes (seorang remaja perempuan yang Epy kenal di KLCC baru-baru ini), dia baru sahaja putus dengan seorang lelaki entah apa sebabnya. Sampai sekarang, dia masih lagi sedih dengan apa yang berlaku. “Ahh... Sapa suruh kau gatal cari lelaki yang salah. Lagi yang kau gatal nak berpakwe muda-muda sape suruh? Kau terima la akibatnye. Apa yang aku buleh kate adalah: PADAN MUKA” – Lutfi. (jahatnye kan?) Diri Epy pulak: maleh ah nak bercinta wei. Banyak kerja lagi nak buat. Kita berkawan jer dulu ek. Kalau kedudukan Epy dah stabil, baru kita akan ke peringkat yang seterusnya, ok...
Perasaan Epy pulak memang la membuak-buak nak memiliki pasangan hidup. Macam korang jugak yang nak berpakwe-makwe. Tapi bagi Epy, tak penting itu semua sekarang ni. Kalau penting pun, biar ramai kawan dari seorang kekasih, boleh la memilih antara yang terbaik. Bak kata Nisa’ Kuantan: “Sukarnya mencari permata di celahan kaca.” Ada juga kawan-kawan yang akan dan telah mendirikan rumahtangga. Semoga berbahgia dan selamat berusaha Epy ucapkan. Perjalanan epy jauh lagi. Walaubagaimanapun, Epy pun ada beberapa orang insan yang Epy cukup sayang. Tetapi mereka semua dah mempunyai kekasih hati. Epy tak boleh nak kata apa lah. Cuma Epy nak diorang ingat satu kata-kata yang selalu Epy ungkapkan: “What happen to you babe, you just have to wait and see”. Kata-kata yang sangat ego kan? But it should to be happen...
Orang kata berjanji sehidup-semati ni, memang la Epy setuju. Betul la kan? Satu hidup, dan satu lagi mati. Kubur lain-lain. Walaubagaimanapun, Epy kurang setuju la kalau bercinta sebelum berkahwin nims. Dari pengalaman Epy, bercinta sebelum berkahwin nims, tak membawa sebarang faedah kecuali mengisi masa lapang untuk mencari ayat2 kreatif serta bermain bahasa bersama sidia. Banyak kita dengar cerita, orang bercengkerama tepi laut dan taman, tapi bila dah kawin, isteri depan mata taknak peluk plak. Isteri tu punya lah cantik tapi orang lain jugak yang dicari. Ini la lelaki. Pelik tul. Patut la Epy ramai kawan pempuan. Kikiki...! Semoga seorang yang ku dan rakanku bakal nikahi nanti akan mencukupkan segalanya.
Ramai lelaki mengorat pempuan yang cantik-cantik, yang manis-manis, yang chumell-chumell belaka. Tapi Epy kurang suka kepada yang cantik ni. Sebab yang cantik la ramai lelaki suka. Dan Epy taknak menjadi salah seorang yang merebut seorang perempuan. Sekarang ni ramai perempuan yang cantik tetapi sahsiah dan keperibadian mereka sangatlah Epy tak suka. Bagi Epy, lebih suka nilai yang terdapat dalam diri seseorang wanita itu. Contohnya, sifat keibuan dan kedewasaan yang terpancar dari perwatakan seorang wanita itu. Walaupun dia tidak cantik berbanding wanita lain, tetapi urat dan tulang belulang merekalah yang melahirkan ulama’, pemikir dan pejuang Islam yang hebat. Dari tangan mereka yang lembut ini telah menghayun buaian sehingga ‘menggegarkan dunia’. Dari jiwa mereka inilah yang telah mendidik kita supaya dapat menempuh dunia nims. Sebab tu suka Epy katakan disini; citarasa seorang lelaki dan setinggi mana hemahnya, ‘benchmark’nya dicerminkan kepada pasangannya. Kerana ‘lelaki’ yang sebenar mahukan seorang yang melahirkan zuriat dari keturunan yang suci serta pasangan yang mempunyai akhlak serta akidah yang baik.
Em.. kan bagus kalau ada lagi wanita sebegini dalam dunia ni. Selama ni ku pernah bercinta kepada seorang perempuan? Tidak sama sekali jawab mindaku. =)

Wednesday, 23 December 2009

Kenali D-SLR berb anding D-Compact

Apa bezanya? D-SLR dan Compact, adalah lebih banyak advancement berbanding compact.

1. Anda boleh menukar lens mengikut situasi dan kreativiti.
2. Matrix metering lebih canggih.
3. Banyak fungsi yang tiada pada Kompak digital seperti remote, penangkapan imej kelajuan laju pada resolusi penuh, serta optical zoom yang lebih baik.

Setting juga berlainan. Ramai pengguna SLR lebih suka menggunakan M (manual) kerana lebih kreatif. Ada beberapa kategori lens yang popular iaitu; standard, wideangle, portrait, telefoto, super telefoto, landskap, Perspective Control (PC) dan fisheye.

Hm. Standard, biasanya didatangi bersama kamera. Kegunaan untuk potret, serta landskap.
Wideangle biasanya digunakan untuk landskap dan ruang yang sempit. (rumah kecil)
potret, untuk tangkap imej manusia. Boleh juga digunakan untuk landskap.
Perpective Control (PC) pula untuk gambar perpektif bangunan. Gambar yang terhasil dari lens ini, adalah tidak tidada efek 'skew' pada bangunan.
Fisheye plak untuk mendatangkan efek lebar 180 darjah pada lens.

Thursday, 17 December 2009

Fotografi - Kenali VR pada Lens Nikon/Nikkor.

Hem. yang paling best dan yang paling saya suka. Terutama kepada anda yang menggunakan gear Nikon D90 keatas (dengan lens 18-105 ED VR SWM ASP).
1. ED: Extra low dispersion
2. VR: Vibration Reduction
3. SWM: Silent Wave Motor
4. ASP: Aspherical optic



So, dalam thread kali ni nak bincang pasal VR iaitu Vibration Reduction yang mana Nikon dan Canon meletakkan sejenis hardware yang bertujuan untuk pengurangan geraran dan mengurangkan blur pada imej yang dirakam pada sensor. VR ni lebih hebat dari mana-mana kamera digital kompak. Yangmana VR ini dikenali sebagai 'steady shot' atau nama2 nama lain bagi kamera kompak. VR adalah amat penting untuk mendapatkan result yang baik (gambar sharp) pada kelajuan shutter yang rendah atau semasa low light condition. Tidak seperti kamera D-SLR lain, Nikon dan Canon merekan meletakkan VR pada lens terpilih. Biasanya pada lens zoom 20mm keatas.

Gambar contoh ini menunjukkan ketajaman yang baik.

Sunday, 9 August 2009

RECONNECT TO MY VILLAGE....!!!!

Yey... saya dah dapat alamat video dari sekolah dan kampung saya. So sekarang, saya nak tunjukkan kepada anda semua sekolah dan kumpulan dikir saya. (walaupun saya tak pandai berdikir barat tapi saya sangat menyokong pembangunan muzik tradisional nie...) Check it out...





Thursday, 26 February 2009

Falsafah Kehidupan

Falsafah adalah satu perkataan yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris iaitu Philosophy. Philosophy pula adalah daripada 2 perkataan Latin iaitu philosofos (philosopher) bermaksud filander iaitu cinta, manakala suku kata ke-2 iaitu sophia (pengetahuan). Dua suku kata satu pronounsiasi ini jika dikaji semula ia membawa maksud cinta kepada ilmu.
Kehidupan pula adalah satu dimensi dimana sebuah jasad yang dipandu oleh roh yang menentukan samaada jasad melakukan perkara yang baik atau buruk. Kehidupan juga adalah tempoh dimana sebuah material yang wujud mengalami perubahan dari sudut dimensi, falsafah, pendirian, keimanan dan ketakwaan jika ia adalah sebuah insan. Dari alam kehidupan jugalah insan yang lahir dalam agama yang mulia ini mencari keredhaan Tuhannya sebelum ia meninggalkan pancarona dunia. Kehidupan bagi seorang mukmin adalah kekal selamanya & abadi. Apa yang tercatit dalam Al-Quran seperti Syurga & neraka, pasti akan terlaksana. Mudah mudahan Allah menyelamatkan kita dari dosa yang bertambah dari sehari-hari dan dosa yang tidak kita sedari. Dan semoga Allah memberi kita petunjuk untuk kita melayari bahtera akhirat ini.

Apa yang ingin dibincangkan disini adalah sebuah falsafah kehidupan manusia yang ssemakin meruncing. Manusia kini hilang pertimbangan dari sudut psikologikal, pendirian dan kewarasan berfikir. Yang ingin diketengahkan, Janji-janji Allah didalam Al-Quran yang sememangnya benar dan tepat. Apa yang kita lihat hari ini, adalah bertepatan dengan Al-Quran & Hadith. Sebagai contoh:
Antara perkara yang mendatangkan bala dari Allah:
i) Zina dilakukan secara terang terangan.
ii) Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah martabatnya dan tidak layak memimpin.
iii) Kabus
Ada lagi janji Allah yang masih belum dilaksanakan terhadap kita. Hanya kita sahaja yang lalai untuk membelek dan merungkai apa yang diFirmankan oleh Nya. Justeru, kehidupan kita diatas dunia ini harus di aplikasikan untuk tujuan akhirat.

Bekerjalah kamu bagaikan kamu akan hidup seribu tahun lagi,
Beribadahlah kamu sebagaimana kamu akanmati pada hari esok.