Saturday 16 May 2015

Rim second-hand baru dari Mudah.my.

Hari ni cerita pasal kasut baru kereta aku.
Dalam beberapa minggu lepas beli sport rim baru lepas usha di Mudah.my. Sport rim dipilih ialah original dari Proton Saga FLX SE 1.6. Tai aku masih sayangkan rim besi sebab ia datang dari kilang. Bukan saje-saje engineer masukkan tayar tu. Langgar lubang pun selamba jer takde nak bengkok macam rim alloy. 



SEBAB TUKAR:
Tayar asal dari kilang tak sesuai dengan cara pemanduan sekarang.
Meningkatkan keupayaan ketika memecut & membrek (kerana sentuhan antara tayar dan jalan lebih luas) - lebih grip.
Design lebih elegan.


RIM DETAILS:
Original dari Proton Saga FLX SE.
Saiz 15x6j offset 36mm.
Saiz tayar 185/55/15 (standard 195/50/15)
Diameter tayar ni lebih kurang aje dengan tayar asal besi cuma lebih lebar.
Tayar asal: 175/70/13

Kalau diikutkan nak je sumbat sport rim 17x7 kasi nampak lagi garang. Tapi lagi nipis dan besar diameter tayar, lagi mahal la jadinya. Smart tu memang smart tapi tak padan dengan harga. Semata-mata nak bergaya, kena keluar modal lebih sebab tayar terlalu mahal. Bila lagi besar rim dia lagi berat dan lagi tinggi 'unsprung weight'. Lagi tak selesa.


Rim kat atas ni dari Volk Racing model CE28. Berat rim ni hanya 2.8kilogram. Ringan. Kalau pentingkan keselesaan semasa memandu, boleh dapatkan rim ni. Rim yang ringan akan mengurangkan 'unsprung weight' yang terpaksa ditanggung oleh suspension dan absorber. Tapi pastikan yang original sebab kalau yang taiwan punya lagi berat. 

Seperti biasa kepada owner Proton Saga BLM, FL, FLX atau FLXSE, masalah gandar/axle belakang senget menyebabkan tayar makan sebelah dalam. Seingat aku, kecondongan tayar tu lari 1.5darjah. (Negatie Chamber)

Proton bukan saje-saje nak buat senget macam tu. Sebab bila corner,cengkaman tayar belakang lebih mantap dan tak membuai/membuang.
Petang tadi aku gi tambah washer kat gandar belakang dan luruskan balik tayar mengikut satah kecondongan 90darjah untuk mengelakkan dari tayar baru makan sebelah dalam. Tak larat dah nak tukar tayar sokmo.

So feedback lepas tambah washer tu, agak menghampakan. Corner pada kelajuan tinggi sangatlah membuai ala-ala drift. Tapi lepas ni harap2 la tayar belakang tu makan rata takut nanti sedar-sedar tinggal dawai je sebelah dalam. hahaha...

Tapi kesan makan sebelah dalam tu takdelah ketara sangat kalau pakai rim besi bertayarkan 175/70/r13. Kalau setakat pakai tayar standard biarkan aje tayar belakang tu senget. Corner mantopp..

3 comments:

mdag said...

Assalam en lutfi..kat mana bro repair axle belakang?

M. Lutfi said...

kat mana mana kedai tayar ada repair. dia cuma tambah besi macam simkad je kat bolt skru yang pegang knuckle tu.

Unknown said...

salam tahun baru 2016 bos
kete saga blm 2008 sy mmg ada masalah tayar terkepak dalam ala "negative chamber" mcm bos khabarkan tu... lbh2 lagi lps guna 195/50/15 dgn rim 7jj....

ada orang kata sbb axle bengkok dan kene tukar axle....

ada yg kata tukar rear axle bush shj x perlu tukar axle....

minta pencerahan dan advice bos.... tq