Sunday, 8 November 2015

Personal Insights mengenai Forex


So senang tak forex nih? At the beginning, sangat susah nak hafal semua nama pendek sesebuah currency. Ape yang memacu sesebuah negara, apa sumber utama negara, keadaan politik dan details sesebuah negara. Contohnya, ape penggerak ekonomi AUD (Australian Dollar)?
Lama kelamaan, benda ni dah jadi biasa. Alah, macam komputer jugak, ada yang pandai Excel, macam aku, tak pernah pakai excel dan tak tau macamana nak pakai excel. Tapi bini aku, siap bleh buat database lagi ngan excel (Phew).
Adakah Forex ni haram? Tu aku tak pandai nak explain. Tapi matematik aku senang aje. Takde swap, takde entry terjah, takde main masuk market suke2 hati. Semua dengan ilmu, kajian, strategi dan banyak faktor diulangkaji sebelum memulakan satu sesi trading.
Kalau ianya haram, kenapa kita simpan wang di bank? Sedangkan bank menggunakan wang kita sebagai margin mereka untuk trade didalam forex, indice, komoditi, dan bon. Dan jika forex haram, saham jauh lebih haram sebab saham, bila satu2 saham tu jatuh aje dah loss. Tabung haji, ASB, bank Islam semuanya melabur didalam saham dan keuntungannya digunakan untuk membayar gaji pekerja dan pegawai, serta sewa bangunan mereka. Untuk pengetahuan, bank2 islamic hanya melabur di kaunter patuh syariah dan takde swap.
Boleh untung ke forex nih? Well, untuk mendapatkan trade yang bagus, profit/loss sebaiknya adalah 80/20. Contohnya dari 10 trade kita untuk hari tu, 8 trade adaah profit dan 2 lagi loss. Dan aku sedang berusaha untuk konsisten pasal 80/20 tu. Bukan senang. Ada masa kena melekat depan komputer. Ada masa enter position je dan esok baru tengok. Kadang tengok tu dah dekat mc. hahaha.
Boleh ke nak menjadi full time trader? Personally, I need 3 basic things. Mental yang kuat, Pengetahuan latarbelakang setiap currency, dan strategi. Satu lagi ialah margin yang kukuh. Maksudnya, modal yang cantik.
Contohnya, untuk mendapatkan RM4kusd sebulan untuk menampung sara hidup, kita perlukan 1000usd sebulan (Dengan konsisten..!!) Jadi, mana nak dapat 1kusd ni? Personally, aku wajib ada margin sebanyak 10 000usd (Kentungan 10%dari 10 000 usd adalah 1 000usd) So mana nak dapatkan margin sebesar tu? So aku bleh trade 20usd sebagai modal atau sebagai hobi sampingan. Atau lebih baik 100usd.
Seronok tak main bende nih? Kalau kita minat, tak perlu pergi jauh. setiap tempat ada master. Kat kemaman ada, kuantan ada, mana2 tempat ada. Cuma kena ada minat dan kita kena cari dorang. Dorang bleh ajar dan sporting abiss...
Pendek kata: Pelaburan ibarat berniaga kedai makan. Kita ada modal rm10k, kita bukak kedai makan. tapi dah bertahun bukak masih tak ramai orang. Kenapa? Mungkin masakan tak sedap, tempat tak strategik. So strategi kena la ubah, sebab modal dah banyak keluar. Mungkin kita kena cari chef hotel, dan upgrade tempat untuk menarik pelanggan. Mungkin lepas upgrade tu, jualan seamakin meningkat. Sama jugak maca forex. Kalau strategi tak menjadi, kena la tukar cara lain. Skill masing2.
Ulasan? Kepada sesapa yang nak mula trade bende alah ni, sila la cari broker yang bagus. Jangan terpedaya dengan MLM yang bertopengkan forex. TAKKAN ADA PELABURAN YANG MENJANJIKAN PULANGAN TETAP setiap bulan walaupun pakai robot (artificial intelligence). Tu semua tipu bohong blake. Sedangkan Tabung Haji, ASB dan Bank Islam pun takde dividen tahunan yang tetap, inikan company kecik2 yang menjanjikan dividen/profit yang tetap setiap bulan. Forex adalah dimana kita melaburkan modal dan kita TRADE SENDIRI dan profit/loss tu bergantung kepada emosi kita.
Sesiapa yang belajar ekonomi atau account bolehlah try trade saham. Sebab forex ni berpeluh sket nak profit. Tapi yang penting adventure. hahaha...


Demo Trading Log

Hari ni bercerita tentang forex.

News nfp dan forecast yang dianalisis pada 05.11.15 menunjukkan bahawa 70% USD are likely untuk meroket.

Pada jam 9.30 malam, 06.11.15, USD naik lebih 100pips.

Ini adalah akaun demo dan dihentam full margin. Boleh lihat entry yang baru masuk pukul 2.30 petang 06.11.15. Dan exit position pada jam 10.00malam; setengah jam selepas news NFP.






Apa yang nak diceritakan kat sini, news dan spekulasi juga boleh kita ambil sebagai rujukan untuk memasuki pasaran. Terutamanya ketika market sedang volatile atau ganas.

Tapi, pastikan dari sumber yang boleh dipercayai seperti Investing.com, ForexFactory dan lain-lain lagi.

Walaubagaimanapun, kebarangkalian hanyalah 70% sahaja untuk USD naik. Tapi bayangkan apa akan jadi kalau USD menjunam jatuh? Apa yang akan jadi pada akaun yang tiada SL? Atau seperti akaun diatas yang dihentam full margin? Modal USD3000 tu hangus begitu sahaja. 

Dari kita trade seperti orang gila, lebih baik kita ikut cara bank trade. Profit 30% setiap bulan. Jarratt Davis, pun hanya untung 30% sebulan secara konsisten.

Bersabarlah, ada manis selepas kita bersabar. InshaAllah.

Saturday, 16 May 2015

Rim second-hand baru dari Mudah.my.

Hari ni cerita pasal kasut baru kereta aku.
Dalam beberapa minggu lepas beli sport rim baru lepas usha di Mudah.my. Sport rim dipilih ialah original dari Proton Saga FLX SE 1.6. Tai aku masih sayangkan rim besi sebab ia datang dari kilang. Bukan saje-saje engineer masukkan tayar tu. Langgar lubang pun selamba jer takde nak bengkok macam rim alloy. 



SEBAB TUKAR:
Tayar asal dari kilang tak sesuai dengan cara pemanduan sekarang.
Meningkatkan keupayaan ketika memecut & membrek (kerana sentuhan antara tayar dan jalan lebih luas) - lebih grip.
Design lebih elegan.


RIM DETAILS:
Original dari Proton Saga FLX SE.
Saiz 15x6j offset 36mm.
Saiz tayar 185/55/15 (standard 195/50/15)
Diameter tayar ni lebih kurang aje dengan tayar asal besi cuma lebih lebar.
Tayar asal: 175/70/13

Kalau diikutkan nak je sumbat sport rim 17x7 kasi nampak lagi garang. Tapi lagi nipis dan besar diameter tayar, lagi mahal la jadinya. Smart tu memang smart tapi tak padan dengan harga. Semata-mata nak bergaya, kena keluar modal lebih sebab tayar terlalu mahal. Bila lagi besar rim dia lagi berat dan lagi tinggi 'unsprung weight'. Lagi tak selesa.


Rim kat atas ni dari Volk Racing model CE28. Berat rim ni hanya 2.8kilogram. Ringan. Kalau pentingkan keselesaan semasa memandu, boleh dapatkan rim ni. Rim yang ringan akan mengurangkan 'unsprung weight' yang terpaksa ditanggung oleh suspension dan absorber. Tapi pastikan yang original sebab kalau yang taiwan punya lagi berat. 

Seperti biasa kepada owner Proton Saga BLM, FL, FLX atau FLXSE, masalah gandar/axle belakang senget menyebabkan tayar makan sebelah dalam. Seingat aku, kecondongan tayar tu lari 1.5darjah. (Negatie Chamber)

Proton bukan saje-saje nak buat senget macam tu. Sebab bila corner,cengkaman tayar belakang lebih mantap dan tak membuai/membuang.
Petang tadi aku gi tambah washer kat gandar belakang dan luruskan balik tayar mengikut satah kecondongan 90darjah untuk mengelakkan dari tayar baru makan sebelah dalam. Tak larat dah nak tukar tayar sokmo.

So feedback lepas tambah washer tu, agak menghampakan. Corner pada kelajuan tinggi sangatlah membuai ala-ala drift. Tapi lepas ni harap2 la tayar belakang tu makan rata takut nanti sedar-sedar tinggal dawai je sebelah dalam. hahaha...

Tapi kesan makan sebelah dalam tu takdelah ketara sangat kalau pakai rim besi bertayarkan 175/70/r13. Kalau setakat pakai tayar standard biarkan aje tayar belakang tu senget. Corner mantopp..